Ninara Forever Squad

Wednesday, September 11, 2019

Pelajar sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran



  • Ciri-ciri Komuniti



1. Seorang pelajar hendaklah menawarkan semangat kekitaan, keselamatan, dan penglibatan antara ahli kumpulan ketika melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama.

2. Satu komuniti pembelajaran perlu mempunyai lokasi/ruang pembelajaran dan kemudahan,matlamat dan hala tuju pembelajaran yang sama dan kebergantungan sosial antara ahli kumpulan.

3. Setiap ahli komuniti pembelajaran perlu mempunyai keupayaan diri untuk mempengaruhi ahli-ahli yang lain dalam sesuatu komuniti.

4. Seorang ahli komuniti pembelajaran perlu memunyai perasaan keupayaan untuk melakukan  sesuatu perkara dengan jayanya.

5. Komuniti yang diwujudkan perlu mempunyai suasana yang menggalakkan integrasi dari pelbagai kurikulum.

6. Setiap komuniti pembelajaran mempunyai penglibatan menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama, jantina, umur dan sebagainya.

7.  Komuniti pembelajaran yang wujud mampu memperkembangkan kemahiran berfikir seperti  pemikiran divergen, fleksibiliti, kritikal, kreatif, metakognitif dan kognisi sosial.

8.  Satu komuniti pembelajaran membawa fakulti/jabatan bersama dalam bentuk pembelajaran yang lebih bermakna.


  • Cabaran membentuk Komuniti Pembelajaran

Penglibatan
Penglibatan daripada pelbagai individu amatlah diperlukan sebagai faktor dalam membantu antara satu sama lain.
-Komuniti pembelajaran yang ikhlas sentiasa memberikan galakan untuk pengelibatan bersama ahli-ahlinya. Semua ahli dalam komuniti pembelajaran adalah penting dan semua ahli adalah diperlukan.

Pengaruh
Setiap ahli kumpulan mestilah mempunyai platform yang dapat memenuhi piawaian kumpulan secara kumpulan dan individu.
-Semua ahli dikehendaki membangunkan satu kontrak sosial yang dapat memenuhi piawaian kumpulan dan disahkan secara individu dan secara kumpulan.

Pelaburan
Setiap ahli mesti;ah memiliki pemilikan secara psikologi di samping mempunyai sikap prihatin dan telus terhadap kerja yang dilakukan.
-Mempunyai pemikiran secarapsikologi  (psycoloical ownership) dalam pengelibatan dan pengaruh. Setiap ahli atau pelajar mempunyai keprihatinan, saling faham-memahami, bersifat telus dan berkomunikasi secara asertif antara satu sama lain.

Identiti
Melabel diri sendiri sebagai kami bagi membuang sikap pentingkan diri sendiri.
-Ahli menggambarkan diri mereka sebagai "kami". Hal ini menekankan kepentingan mereka terhadap keharmonian dan matlamat bersama.

  • Peranan Pelajar sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran




  1. Pelajar hendaklah mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi dengan baik dan sentiasa berfikiran ke depan untuk membantu rakan-rakan yang lain.                    
  2. Pelajar mestilah belajar untuk berhubung antara satu sama lain bagi membuka ruang pemikiran untuk berfikir tanpa sempadan.
  3. Sikap bertoleransi amat penting bagi mewujudkan suasana yang harmoni dengan adanya penerimaan fakta dan idea daripada setiap individu dalam kumpulan itu.
  4. Pelajar dapat membina persefahaman antara satu sama lain dengan menjaga harga diri,lebih berwibawa dan menghormati antara satu sama lain.
  5. Mengalakkan ahli untuk bersosial di samping meruntuhkan benteng yang selama ini menjadi penghalang kepada mereka untuk saling mengenali.

RUMUSAN

Oleh itu, pelajar-pelajar yang menuntut di universiti mahupun institut amatlah penting untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan pelbagai masyarakat .Di samping itu ,dapat membina personaliti yang hebat termasuk kemahiran interpersonal dan intrapersonal .Kemahiran ini merupakan talian hayat bagi meneruskan kehidupan dalam menempuh alam universiti dan pekerjaan.Sekiranya kita hanya mementingkan diri sendiri ketika melakukan sesuatu tugasan,maka ia boleh menyebabkan orang di sekeliling kita menanggung kesusahan tersebut.

No comments:

Post a Comment