Penggunaan aplikasi-aplikasi ini dapat membantu para pelajar untuk belajar dengan lebih santai dan seronok di samping memberi impak yang positif bagi para pelajar untuk mempelajari sesuatu topik itu dengan lebih berkesan.
PADLET
APA ITU PADLET?
1. Merupakan satu aplikasi internet yang
membolehkan orang ramai atau pengguna untuk menyatakan pandangan mereka mengenai topik yang sama dengan mudah.
2. Aplikasi perbualan atau sembang secara terbuka memebenarkan sesiapa sahaja menggunakannya.
3. Menggunakan konsep “click &
drag”, pengguna boleh berkongsi apa sahaja yang diinginkan dengan meletakkannya di atas padlet.
4. Web kolaboratif – membolehkan seseorang itu menjadi penghasil dan pengguna.
5.Pengguna boleh menggunakan teks, imej, audio, video
atau pautan web di dinding digital padlet.
1. PdP akan menjadi lebih menarik dan interaktif.
2. Pelajar terlibat secara kolaboratif.
3.Pengguna dapat mengawal sendiri aktiviti mereka.
4.Memberi peluang yang sama rata antara pengguna dalam kumpulan dalam menyumbang idea mereka ataupun memberi maklum balas terhadap sesuatu idea.
5.Membenarkan pelajar mengulangkaji pelajaran selepas waktu PdP.
6. Dinding digital yang membolehkan pelajar menulis apa sahaja idea berkenaan pembelajarannya sama ada melalui teks, gambar, video, audio ataupun pautan web.
QUIZZIZ
APA ITU QUIZIZZ ?
- Merupakan satu aplikasi web 2.0 yang menarik untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di institute pengajian tinggi.
- Mampu menggantikan cara lama yang hanya melibatkan kertas dan pen yang dilihat sebagai sesuatu perkara yang membosankan
- Aplikasi ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penggunanya.
- Melalui Quizizz, seseorang dapat mencipta kuiz baharu untuk mencuba kuiz yang telah tersedia yang dicipta oleh pengguna Quizizz.
KELEBIHAN QUIZIZZ DALAM PEMBELAJARAN
◦Pembelajaran bersifat interaktif dan menarik dengan adanya tema, muzik dan sebagainya
◦Pelajar tidak perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz
◦Kuiz boleh disediakan sendiri dan berkongsi dengan sesiapa sahaja
◦Dapat dibuat dengan pantas dan mudah tanpa ambil masa yang
lama
◦Boleh dimainkan menggunakan komputer,
tablet atau telefon pintar
◦Membolehkan guru
menyediakan data
dan laporan tahap penguasaan pelajar dengan terperinci
KAHOOT
APA ITU KAHOOT! ?
- Merupakan satu aplikasi kuiz interaktif online yang sangat menarik dan mampu memberikan satu ransangan positif kepada murid ketika sesi P&P.
- Kuiz ini boleh dibina sendiri oleh guru mengikut subjek yang diinginkan
KELEBIHAN MENGGUNAKAN KAHOOT!
1. Sangat interaktif.
Murid berpeluang untuk menguruskan sendiri jawapan mereka di
pc/smartphone/tablet masing-masing.
2. Mempunyai sistem ranking. Setiap kali selepas soalan dijawab, akan keluar satu ranking, iaitu nama 5 pelajar dengan markah paling tinggi. Pelajar yang menjawab paling cepat dan paling tepat daripada pilihan jawapan, akan berada di ranking paling atas.
3. Soalan boleh diset. Kahoot! juga memberi kebebasan untuk guru menetapkan bilangan soalan, bilangan jawapan, lama tempoh menunggu jawapan murid, bentuk soalan (teks/bergambar/video) dan beberapa lagi setting.
4. Soalan boleh disimpan dalam akaun masing-masing dan disusun dalam bentuk format yang tertentu mengikut bab / subtopik .
5. Berbentuk Online dan boleh diakses di mana-mana selagi mempunyai capaian internet.
6. Pelbagai guna kerana boleh digunakan semasa pdp, set induksi, kuiz, pengukuhan, ulangkaji, bincang soalan peperiksaan dan lain-lain lagi mengikut kreativiti guru.
7. Mampu mewujudkan persaingan yang sengit dalam kalangan pelajar untu menjawab soalan-soalan yang diajukan.

QR CODE
APA ITU QR CODE?
•Merupakan kod
bar generasi kedua
•Sejenis penyimbolan dua dimensi yang
telah dibangunkan oleh
sebuah syarikat Jepun iaitu Denso
Wave yang dikeluarkan pada
1994
•Dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar
UPC
•Terdiri daripada modul hitam yang
berbentuk titik segi empat pada
latar putih
KEGUNAAN QR CODE DALAM PEMBELAJARAN
•Membuat link
website
•Membuat link
video youtube
•Membuat link
pdf
•Membuat
label pada benda sekitar
•Membuat jawapan dengan menampilkan QR
code
•Periksa prosedur kerja
•Menambahkan buku interaktif
•Mengimbas qr code
untuk mengakses permainan teka-teki
•Membuat permainan yang
bersesuaian dengan kumpulan sasaran
LANGKAH-LANGKAH MENCIPTA QR CODE
•Log masuk ke akaun gmail lalu perhatikan titik sembilan di penjuru kanan
•Klik drive
•Cari fail format pdf jika belum ada, drag dari explorer dan masukkan ke drive
•Klik kanan dan pilih “dapatkan pautan yang
boleh dikongsi”
•Salin pautan
•Tampalkan di gg.gg
atau goo.gl
atau qrstuff
•Buat label pada benda di sekitar anda
EDMODO
APA ITU EDMODO ?
- §Edmodo merupakan platform sosial persendirian yang dicipta oleh Nic Borg Sang dan Jefff O’hara pada akhir tahun 2008. Aplikasi ini percuma untuk guru dan pelajar berkongsi idea, fail, peristiwa dan tugasan. Edmodo menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk berhubung dan bekerjasama dalam kelas.
- §Laman ini boleh diakses di Internet dan dari mana-mana peranti mudah alih melalui aplikasi telefon pintar percuma.
- §Berasaskan model penulisan blog mikro dan disesuaikan untuk penggunaan dalam pendidikan, Edmodo membolehkan guru menyiarkan mesej dan nota, membincangkan topik pelajaran, memberikan tugasan dan menilai kerja kelas, berkongsi kandungan dan bahan pengajaran, serta membina rangkaian dan bertukar-tukar idea sesama guru lain
- Selain itu, mereka boleh menjaga kalendar kelas, menyimpan dan berkongsi fail, menerima aliran awam (RSS), dan mengadakan tinjauan. Edmodo dibina untuk kerjasama kumpulan yang tertutup, bermakna pelajar yang mempunyai kod rahsia sahaja yang boleh menyertai kumpulan tersebut
KELEBIHAN MENGGUNAKAN EDMODO
§Edmodo
membolehkannya mengawasi kemajuan pelajar, menghantar kandungan secara elektronik, menghantar makluman melalui e-mel dan mesej teks, dan yang
paling penting,
Edmodo menyediakan cara yang
cepat dan mudah untuk mengendalikan pentaksiran autentik (Jarc,
2010).
§Penggunaan jaluran perbincangan hampir sama seperti mengendalikan temu bual dengan pelajar dan rakan sebaya mereka sambil menggalakkan
dialog, mencabar pelajar untuk menulis secara ringkas dan padat, serta mempertahankan pendapat mereka dengan maklumat sokongan daripada pembacaan yang dibuat
§Edmodo
membantu dalam pembinaan rangkaian yang
lebih baik dan selamat, jadi risiko untuk dihubungi oleh
orang yang tidak dikenali bagi tujuan bukan akademik benar-benar dapat dikurangkan.
§Menyediakan persekitaran yang
lebih selamat untuk pelajar dan
tutor berinteraksi dan bekerjasama. Ia juga
mengurangkan bilangan kertas yang
digunakan dalam bilik darjah.
RUMUSAN
Kegunaan aplikasi-aplikasi ini dapat membantu para pelajar terutamanya pelajar IPT yang ingin mempelajari amalan pembelajaran yang kreatif serta berinformasi. Pelajar itu sendiri dapat meluangkan masa dengan membuka aplikasi-aplikasi ini supaya masa itu dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

No comments:
Post a Comment