Ninara Forever Squad

Wednesday, September 11, 2019

Pelajar sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran



  • Ciri-ciri Komuniti



1. Seorang pelajar hendaklah menawarkan semangat kekitaan, keselamatan, dan penglibatan antara ahli kumpulan ketika melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama.

2. Satu komuniti pembelajaran perlu mempunyai lokasi/ruang pembelajaran dan kemudahan,matlamat dan hala tuju pembelajaran yang sama dan kebergantungan sosial antara ahli kumpulan.

3. Setiap ahli komuniti pembelajaran perlu mempunyai keupayaan diri untuk mempengaruhi ahli-ahli yang lain dalam sesuatu komuniti.

4. Seorang ahli komuniti pembelajaran perlu memunyai perasaan keupayaan untuk melakukan  sesuatu perkara dengan jayanya.

5. Komuniti yang diwujudkan perlu mempunyai suasana yang menggalakkan integrasi dari pelbagai kurikulum.

6. Setiap komuniti pembelajaran mempunyai penglibatan menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama, jantina, umur dan sebagainya.

7.  Komuniti pembelajaran yang wujud mampu memperkembangkan kemahiran berfikir seperti  pemikiran divergen, fleksibiliti, kritikal, kreatif, metakognitif dan kognisi sosial.

8.  Satu komuniti pembelajaran membawa fakulti/jabatan bersama dalam bentuk pembelajaran yang lebih bermakna.


  • Cabaran membentuk Komuniti Pembelajaran

Penglibatan
Penglibatan daripada pelbagai individu amatlah diperlukan sebagai faktor dalam membantu antara satu sama lain.
-Komuniti pembelajaran yang ikhlas sentiasa memberikan galakan untuk pengelibatan bersama ahli-ahlinya. Semua ahli dalam komuniti pembelajaran adalah penting dan semua ahli adalah diperlukan.

Pengaruh
Setiap ahli kumpulan mestilah mempunyai platform yang dapat memenuhi piawaian kumpulan secara kumpulan dan individu.
-Semua ahli dikehendaki membangunkan satu kontrak sosial yang dapat memenuhi piawaian kumpulan dan disahkan secara individu dan secara kumpulan.

Pelaburan
Setiap ahli mesti;ah memiliki pemilikan secara psikologi di samping mempunyai sikap prihatin dan telus terhadap kerja yang dilakukan.
-Mempunyai pemikiran secarapsikologi  (psycoloical ownership) dalam pengelibatan dan pengaruh. Setiap ahli atau pelajar mempunyai keprihatinan, saling faham-memahami, bersifat telus dan berkomunikasi secara asertif antara satu sama lain.

Identiti
Melabel diri sendiri sebagai kami bagi membuang sikap pentingkan diri sendiri.
-Ahli menggambarkan diri mereka sebagai "kami". Hal ini menekankan kepentingan mereka terhadap keharmonian dan matlamat bersama.

  • Peranan Pelajar sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran




  1. Pelajar hendaklah mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi dengan baik dan sentiasa berfikiran ke depan untuk membantu rakan-rakan yang lain.                    
  2. Pelajar mestilah belajar untuk berhubung antara satu sama lain bagi membuka ruang pemikiran untuk berfikir tanpa sempadan.
  3. Sikap bertoleransi amat penting bagi mewujudkan suasana yang harmoni dengan adanya penerimaan fakta dan idea daripada setiap individu dalam kumpulan itu.
  4. Pelajar dapat membina persefahaman antara satu sama lain dengan menjaga harga diri,lebih berwibawa dan menghormati antara satu sama lain.
  5. Mengalakkan ahli untuk bersosial di samping meruntuhkan benteng yang selama ini menjadi penghalang kepada mereka untuk saling mengenali.

RUMUSAN

Oleh itu, pelajar-pelajar yang menuntut di universiti mahupun institut amatlah penting untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan pelbagai masyarakat .Di samping itu ,dapat membina personaliti yang hebat termasuk kemahiran interpersonal dan intrapersonal .Kemahiran ini merupakan talian hayat bagi meneruskan kehidupan dalam menempuh alam universiti dan pekerjaan.Sekiranya kita hanya mementingkan diri sendiri ketika melakukan sesuatu tugasan,maka ia boleh menyebabkan orang di sekeliling kita menanggung kesusahan tersebut.

Penggunaan Aplikasi dalam membantu pembelajaran


Penggunaan aplikasi-aplikasi ini dapat membantu para pelajar untuk belajar dengan lebih santai dan seronok di samping memberi impak yang positif bagi para pelajar untuk mempelajari sesuatu topik itu dengan lebih berkesan.

PADLET


APA ITU PADLET?

1. Merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan orang ramai atau pengguna untuk menyatakan pandangan mereka mengenai topik yang sama dengan mudah.

2. Aplikasi perbualan atau sembang secara terbuka memebenarkan sesiapa sahaja menggunakannya.

3. Menggunakan konsep “click & drag”, pengguna boleh berkongsi apa sahaja yang diinginkan dengan meletakkannya di atas padlet.

4. Web kolaboratifmembolehkan seseorang itu menjadi penghasil dan pengguna.

5.Pengguna boleh menggunakan teks, imej, audio, video atau pautan web di dinding digital padlet.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN PADLET

1. PdP akan menjadi lebih menarik dan interaktif.

2. Pelajar terlibat secara kolaboratif.

3.Pengguna dapat mengawal sendiri aktiviti mereka.

4.Memberi peluang yang sama rata antara pengguna dalam kumpulan dalam menyumbang idea mereka ataupun memberi maklum balas terhadap sesuatu idea.

5.Membenarkan pelajar mengulangkaji pelajaran selepas waktu PdP.

6. Dinding digital yang membolehkan  pelajar menulis apa sahaja idea berkenaan pembelajarannya sama ada melalui teks, gambar, video, audio ataupun pautan web.





QUIZZIZ



APA ITU QUIZIZZ ?

  • Merupakan satu aplikasi web 2.0 yang menarik untuk digunakan  dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di institute pengajian tinggi.

  • Mampu menggantikan cara lama yang hanya melibatkan kertas dan pen yang dilihat sebagai sesuatu perkara yang membosankan

  • Aplikasi ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penggunanya.

  • Melalui Quizizz, seseorang dapat mencipta kuiz baharu untuk mencuba kuiz yang telah tersedia yang dicipta oleh pengguna Quizizz.

KELEBIHAN QUIZIZZ DALAM PEMBELAJARAN


Pembelajaran bersifat interaktif dan menarik dengan adanya tema, muzik dan sebagainya

Pelajar tidak perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz

Kuiz boleh disediakan sendiri dan berkongsi dengan sesiapa sahaja

Dapat dibuat dengan pantas dan mudah tanpa ambil masa yang lama

Boleh dimainkan menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar

Membolehkan guru menyediakan data dan laporan tahap penguasaan pelajar dengan terperinci



KAHOOT


APA ITU KAHOOT! ?


  • Merupakan satu aplikasi kuiz interaktif online yang sangat menarik dan mampu memberikan satu ransangan positif kepada murid ketika sesi P&P.
  •  Kuiz ini boleh dibina sendiri oleh guru mengikut subjek yang diinginkan


KELEBIHAN MENGGUNAKAN KAHOOT!

1. Sangat interaktif. Murid berpeluang untuk menguruskan sendiri jawapan mereka di pc/smartphone/tablet masing-masing.

2. Mempunyai sistem ranking. Setiap kali selepas soalan dijawab, akan keluar satu ranking, iaitu nama 5 pelajar dengan markah paling tinggi. Pelajar yang menjawab paling cepat dan paling tepat daripada pilihan jawapan, akan berada di ranking paling atas.

3. Soalan boleh diset. Kahoot! juga memberi kebebasan untuk guru menetapkan bilangan soalan, bilangan jawapan, lama tempoh menunggu jawapan murid, bentuk soalan (teks/bergambar/video) dan beberapa lagi setting.

4. Soalan boleh disimpan dalam akaun masing-masing dan disusun dalam bentuk format yang tertentu mengikut bab / subtopik .

5. Berbentuk Online dan boleh diakses di mana-mana selagi mempunyai capaian internet.

6. Pelbagai guna kerana boleh digunakan semasa pdp, set induksi, kuiz, pengukuhan, ulangkaji, bincang soalan peperiksaan dan lain-lain lagi mengikut kreativiti guru.

7. Mampu mewujudkan persaingan yang sengit dalam kalangan pelajar untu menjawab soalan-soalan yang diajukan.








QR CODE



APA ITU QR CODE?


Merupakan kod bar generasi kedua

•Sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave yang dikeluarkan pada 1994

Dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC

Terdiri daripada modul hitam yang berbentuk titik segi empat pada latar putih

KEGUNAAN QR CODE DALAM PEMBELAJARAN


Membuat link website

Membuat link video youtube

Membuat link pdf

Membuat label pada benda sekitar

Membuat jawapan dengan menampilkan QR code

Periksa prosedur kerja

Menambahkan buku interaktif

Mengimbas qr code untuk mengakses permainan teka-teki

Membuat permainan yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran

LANGKAH-LANGKAH MENCIPTA QR CODE


Log masuk ke akaun gmail lalu perhatikan titik sembilan di penjuru kanan

Klik drive

Cari fail format pdf jika belum ada, drag dari explorer dan masukkan ke drive

Klik kanan dan pilihdapatkan pautan yang boleh dikongsi

Salin pautan
Tampalkan di gg.gg atau goo.gl atau qrstuff
Buat label pada benda di sekitar anda

EDMODO

APA ITU EDMODO ?



  • §Edmodo merupakan platform sosial persendirian yang dicipta oleh Nic Borg Sang dan Jefff O’hara pada akhir tahun 2008. Aplikasi ini percuma untuk guru dan pelajar berkongsi idea, fail, peristiwa dan tugasan. Edmodo menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk berhubung dan bekerjasama dalam kelas.

  • §Laman ini boleh diakses di Internet dan dari mana-mana peranti mudah alih melalui aplikasi telefon pintar percuma.

  • §Berasaskan model penulisan blog mikro dan disesuaikan untuk penggunaan dalam pendidikan, Edmodo membolehkan guru menyiarkan mesej dan nota, membincangkan topik pelajaran, memberikan tugasan dan menilai kerja kelas, berkongsi kandungan dan bahan pengajaran, serta membina rangkaian dan bertukar-tukar idea sesama guru lain


  • Selain itu, mereka boleh menjaga kalendar kelas, menyimpan dan berkongsi fail, menerima aliran awam (RSS), dan mengadakan tinjauan. Edmodo dibina untuk kerjasama kumpulan yang tertutup, bermakna pelajar yang mempunyai kod rahsia sahaja yang boleh menyertai kumpulan tersebut


KELEBIHAN MENGGUNAKAN EDMODO

§Edmodo membolehkannya mengawasi kemajuan pelajar, menghantar kandungan secara elektronik, menghantar makluman melalui e-mel dan mesej teks, dan yang paling penting, Edmodo menyediakan cara yang cepat dan mudah untuk mengendalikan pentaksiran autentik (Jarc, 2010).

§Penggunaan jaluran perbincangan hampir sama seperti mengendalikan temu bual dengan pelajar dan rakan sebaya mereka sambil menggalakkan dialog, mencabar pelajar untuk menulis secara ringkas dan padat, serta mempertahankan pendapat mereka dengan maklumat sokongan daripada pembacaan yang dibuat

§Edmodo membantu dalam pembinaan rangkaian yang lebih baik dan selamat, jadi risiko untuk dihubungi oleh orang yang tidak dikenali bagi tujuan bukan akademik benar-benar dapat dikurangkan.

§Menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk pelajar dan tutor berinteraksi dan bekerjasama. Ia juga mengurangkan bilangan kertas yang digunakan dalam bilik darjah.




RUMUSAN

Kegunaan aplikasi-aplikasi ini dapat membantu para pelajar terutamanya pelajar IPT yang ingin mempelajari amalan pembelajaran yang kreatif serta berinformasi. Pelajar itu sendiri dapat meluangkan masa dengan membuka aplikasi-aplikasi ini supaya masa itu dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.